Laman Utama arrow Katalog Buku
Rabu, 22 Mei 2019





Hilang kata laluan?
Belum mendaftar?
Daftar di sini
Lihat Troli
Troli anda kosong.

Pelawat

337935

Info: Your browser does not accept cookies. If you want to put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.

Terma dan Syarat Perkhidmatan

Syarat dan Peraturan ini adalah sebagai perjanjian antara pelanggan (seterusnya disebut PELANGGAN) dan pihak pengurusan Yayasan Karyawan (seterusnya disebut YAYASAN) yang telah mendaftarkan diri melalui laman web rasmi Yayasan Karyawan, iaitu: www.yayasankaryawan.com.

DENGAN MENEKAN BUTANG "Daftar" PADA BORANG PENDAFTARAN, PELANGGAN TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN SETUJU DENGAN SEMUA SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN:

1. YAYASAN akan memastikan bahawa PELANGGAN menerima maklumat benar dan boleh diterima daripada pelbagai bahan yang disediakan di laman web YAYASAN, termasuklah teks, gambar dan lain-lain bahan berkaitan (selepas ini disebut sebagai BAHAN).

2. BAHAN yang disediakan YAYASAN untuk PELANGGAN adalah bebas daripada pelbagai unsur seks, lucah, pornografi, keganasan, hasutan, politik dan lain-lain yang berkaitan yang melampau dan tidak sesuai untuk PELANGGAN yang berusia 18 tahun ke bawah.

3. YAYASAN bertanggungjawab sepenuhnya kepada PELANGGAN dengan memberikan penerangan dan pemahaman jelas kepada PELANGGAN sebelum butiran maklumat peribadi PELANGGAN diambil. YAYASAN bertanggungjawab bagi memastikan maklumat peribadi PELANGGAN adalah sulit dan bebas daripada pebagai bentuk jenayah dan seumpama yang berkaitan.

4. Pihak pengurusan YAYASAN tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

5. YAYASAN akan mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang niat jahat dari PELANGGAN dalam merosakkan, mengubah data, menipu, atau memaksa dalam urusan jual beli secara dalam talian (online) ini.

6. Menghormati hak cipta YAYASAN dengan tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap BAHAN yang melanggari Terma dan Syarat Penerbitan semula yang telah ditetapkan oleh YAYASAN.

7. Menghormati dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh YAYASAN.

Dengan menggunakan laman web rasmi YAYASAN, iaitu www.yayasankaryawan.com maka PELANGGAN bersetuju dan tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan ini. Seandainya PELANGGAN tidak bersetuju dengan terma dan syarat perkhidmatan ini, maka pelanggan seharusnya meninggalkan laman web di bawah domain ini dengan serta-merta tanpa sebarang syarat.
PENAFIAN: Yayasan Karyawan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan
dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.