Laman Utama arrow Katalog Buku arrow Karya Agung Melayu arrow Hikayat Misa Melayu
Rabu, 22 November 2017





Hilang kata laluan?
Belum mendaftar?
Daftar di sini
Lihat Troli
Troli anda kosong.

Pelawat

323703

Info: Your browser does not accept cookies. If you want to put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.

Karya Agung Melayu arrow Hikayat Misa Melayu<-->



Hikayat Misa Melayu

Harga: MYR120.00
MYR108.00
Anda jimat: 10.00%


PENERBIT : YAYASAN KARYAWAN

Format & Penjilidan: 

  • Kulit Keras (kulit Aerolin)
  • Saiz: 6"x9"
  • Kertas: Taiwan Cream Book Paper 80 gsm bebas asid & tahan lama
  • Terbit : 2005 (ISBN 978-983-9510-18-8; 509 hlm)
  • Pengarang: Raja Chulan
  • Pengkaji: Jelani Harun
  • Sumber: MS Or. 832, Cambridge University Library.

  • Keunggulan: Hikayat Misa Melayu 

  • Hikayat Misa Melayu dikenali sebagai salah sebuah karya besar yang lahir dalam sejarah Negeri Perak. Karya nukilan Raja Chulan pada abad ke-18 tersebut memperlihatkan suatu contoh ketinggian seni penulisan pengarang tradisi Melayu pada masa silam. Penerbitan Misa Melayu oleh R.O. Winstedt (1919) telah mengenengahkan karya tersebut kepada pembaca dengan berbagai-bagai tafsiran terhadapnya dibuat oleh para sarjana. Walau bagaimanapun, penelitian penulis ke Cambridge University Library telah menemui sebuah manuskrip (MS Or. 832) yang agak jarang dibicarakan oleh para peneliti manuskrip Melayu sebelum ini. Manuskrip mengandungi beberapa perbezaan ketara berbanding dengan teks Misa Melayu terbitan Winstedt termasuk judulnya yang bermula dengan Hikayat Misa Melayu. Hikayat Misa Melayu yang tersimpan di Cambridge University Library (MS Or. 832) bertarikh 21 Disember 1909.
     
  • Manuskrip Hikayat Misa Melayu merupakan pemberian Sultan Idris Murshidul’azam Shah (1887-1916) kepada R. J. Wilkinson yang kemudiannya diserahkan pula oleh R. J. Wilkinson kepada Cambridge University Library pada tahun 1910. Pada halaman pertama MS Or. 832 tersebut terdapat catatan “Bahawa inilah Hikayat Misa Melayu Sultan Idris ibn Almarhum Iskandar Shah iaitu Keturunan Peraturan Isti‘adat Segala Raja-Raja Yang Kerajaan Negeri Perak, maka beta hadiahkan kepada seri paduka sahabat beta Tuan R.J. Wilkinson, sekretari Tuan Residen Perak adanya”. Besar kemungkinan catatan tersebut adalah daripada Sultan Idris Murshidul’azam Shah sewaktu baginda menyerahkan salinan manuskrip itu kepada R. J. Wilkinson yang ketika itu berkhidmat sebagai Setiausaha kepada Residen Inggeris di Negeri Perak.
  • Manuskrip Or. 832 memperlihatkan penampilan yang istimewa, berjilid kemas dengan kertas kadbod berwarna putih dan berukuran 32.5 sm x 20.5 sm. Terdapat 23 baris ayat pada satu halaman yang tertulis pada kertas yang bergaris biru. Tulisan Jawi menggunakan dakwat berwarna hitam dan merah serta tertulis dalam petak-petak empat segi bergaris warna merah berukuran 21 sm x 12.5 sm. Tulisan Jawi dibuat dalam bentuk khat yang menarik dan memperlihatkan kemahiran seni khat penyalinnya. Keseluruhan manuskrip terdiri daripada 250 halaman. 

     Manuskrip Or. 832 mengandungi teks Hikayat Misa Melayu yang lengkap, iaitu judul dan faharasat (hlm. 1-4), bahagian prosa (hlm. 5-166), bahagian syair (hlm. 167-218) dan bahagian prosa serta kolofon (219-244). Bahagian faharasat (senarai tajuk) diberi judul “Maka inilah yang boleh menghuraikan perkataan hikayat ini.” Bahagian syair tertulis dalam petak-petak bergaris merah berukuran 20 sm x 11.5 sm dengan judul “Ikat-ikatan Raja ke Laut”. Manuskrip diakhiri dengan sebuah lakaran gambar rajah yang mengandungi salasilah kerajaan Perak (hlm. 245-250) bermula dari Sultan Muzafar Shah ibn Sultan Mahmud Shah (Marhum Tanah Abang) sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Idris Murshidul’azam Shah, sultan ke-28 bagi kerajaan Negeri Perak. Senarai salasilah raja-raja Perak ini ternyata merupakan tambahan yang dibuat sendiri oleh penyalinnya, Muhammad Ghauath. Walau bagaimanapun, salasilah raja-raja tersebut adalah menyamai senarai raja-raja yang memerintah Negeri Perak sekarang. 



 





PENAFIAN: Yayasan Karyawan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan
dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.