Terbit : Cetakan pertama 2004, cetakan kedua 2007 (ISBN 983-9510-10-X; 704 hlm)
Penutur: Mir Hassan (Cerita Seri Rama) dan Pawang Ana (Cerita Malim Dewa, Cerita Malim Deman, Cerita Anggun Cik Tunggal, Cerita Raja Muda)
Pengkaji: Mohd. Taib Osman, Ph.D
Sumber: Dirakam oleh pegawai-pegawai Inggeris terutamanya, W.E.Maxwell & R.O.Winstedt daripada tuturan Mir Hassan (Cerita Seri Rama) dan Pawang Ana (Cerita Malim Dewa, Cerita Malim Deman, Cerita Anggun Cik Tunggal, Cerita Raja Muda). Dirakamkan sekitar tahun 1886.
Keunggulan: Lima buah cerita lipur lara yang dimuatkan dalam buku ini adalah cerita lisan yang dirakamkan oleh pegawai-pegawai Inggeris seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang orang Melayu. Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh penglipur lara dengan iringan gesekan rebab dan ketukan belanga atau batil begitu berpengaruh dan bersemarak dalam masyarakat Melayu sehinggalah sampai ke penghujung abad ke-20.
PENAFIAN: Yayasan Karyawan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.