Laman Utama arrow Katalog Buku arrow Karya Agung Melayu arrow Hikayat Panji Jayeng Kusuma
Sabtu, 07 Disember 2019





Hilang kata laluan?
Belum mendaftar?
Daftar di sini
Lihat Troli
Troli anda kosong.

Pelawat

358755

Info: Your browser does not accept cookies. If you want to put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.

Karya Agung Melayu arrow Hikayat Panji Jayeng Kusuma<-->



Lihat Gambar-gambar berkaitan (3)
Lihat Gambar-gambar berkaitan (3)

Hikayat Panji Jayeng Kusuma

Harga: MYR180.00
MYR162.00
Anda jimat: 10.00%


Format & Penjilidan:

  • Kulit Keras (kulit asli Bonded Leather)
  • Saiz: 6"x9"
  • Kertas: Long Life 80 gsm bebas asid & tahan lama
  • Terbit : 2007 (ISBN 983-9510-12-6; 730 hlm)
  • Pengkaji: Abdul Rahman Kaeh, Ph.D
  • Sumber: Manuskrip 35, Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur
  • Keunggulan: Hikayat Panji Jayeng Kusuma (HPJK) merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan.

    Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana, Raden Inu Kerta Pati telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat.

    Walau bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana menghilangkan diri.

    Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Candera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa yang menarik seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.


 





PENAFIAN: Yayasan Karyawan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan
dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.